Friday, December 2, 2022

SABERKAS sebagai agen pembantu pembangunan sukan di Sarawak

Secara Rawak

MIRI: Fhamie Sharum Bujang muncul juara dalam Karnival Sukan SABERKAS (KAKUS) 8 Balls Pool Challenge selepas mengenepikan Wong Chin Yung dalam perlawanan akhir yang diadakan di David’s Pool & Snookers Center pada Sabtu. 

Sementara separuh akhir menyaksikan dua lagi peserta Jimmy Yong Tian Kee dan Andy Yong Tian Loke sebelum tewas kepada Fhamie dan Wong Chin Yung. 

Seramai 24 peserta telah menyertai pertandingan yang diadakan secara hadir mengikut jadual anjuran SABERKAS Cawangan Pujut Miri bersama Persatuan Snuker dan Billiard Bahagian Miri. 

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Ketua Cawangan SABERKAS Pujut merangkap Ahli Majlis Bandaraya Miri Kaunselor Warziedea Ahmad. 

Menurutnya, penganjuran karnival sukan snuker dan biliard ini bertujuan mencungkil bakat sukan dengan menjadikan SABERKAS sebagai agen pembantu pembangunan sukan di Sarawak dan memenuhi peranannya sebagai pertubuhan yang mendukung setiap aspirasi yang membawa kebaikan masyarakat. 

Pertandingan ini diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan diadakan tanpa penonton, menerima vaksinasi lengkap dua dos dan hanya terbuka kepada ahli SABERKAS sahaja.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru