Tuesday, June 28, 2022

Pusat Khidmat DUN Sebuyau agih sumbangan untuk 14 keluarga yang jalani kuarantin

Secara Rawak

SEBUYAU: Sebanyak 14 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau yang diarahkan untuk menjalani kuarantin telah menerima bantuan makanan asas yang diagihkan melalui Pusat Khidmat DUN Sebuyau.

Sumbangan dihantar oleh Pemanca Asli Yahya mewakili ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi bersama petugas Pusat Khidmat DUN Sebuyau pada Sabtu.

Agihan bantuan telah diserahkan di Kampung Masjid Sebuyau, Kampung Tebelu, Kampung Segali, Kampung Sampat Sebangan dan Kampung Sungai Ladong.

Sementara itu, beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban para penduduk yang terlibat menjalani kuarantin dan golongan sasar yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, penduduk kampung yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada Datuk Julaihi dan kakitangan Pusat Khidmat DUN Sebuyau di atas sumbangan itu.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru