Friday, August 12, 2022

48 penduduk Kampung Segong jalani ACD

Secara Rawak

BAU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau melakukan ujian calitan COVID-19 terhadap individu kontak rapat bergejala dari Kampung Segong di sini pada Ahad.

Seramai 48 orang penduduk dari kampung tersebut tampil dalam operasi pengesanan kes secara aktif (ACD) COVID-19 tersebut.

Daripada jumlah tersebut seramai 35 orang menjalani ujian calitan untuk diambil sampel bagi mengesan sama ada mereka positif COVID-19 atau sebaliknya.

Proses ACD tersebut melibatkan seramai 32 orang petugas kesihatan dari PKD Bau, manakala lima orang lagi dari makmal Kuching.

Petugas lain yang turut membantu sepanjang proses pelaksanaan ACD tersebut adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Segong.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru