Friday, October 7, 2022

156 murid 12 tahun  berjaya divaksinasi di Pantu

Secara Rawak

SRI AMAN: Seramai 156 orang murid berusia 12 tahun dari daerah Pantu menerima suntikan dos pertama vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Pantu pada Ahad.

Kesemua mereka terdiri daripada murid tahun enam yang bersekolah di daerah Pantu.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman turut menyediakan vaksin untuk individu yang datang secara ‘walk in’ iaitu golongan remaja yang tidak bersekolah dan yang tercicir.

Program vaksinasi berkenaan berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada ibu bapa murid-murid di kawasan Pantu. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru