Friday, October 22, 2021

Ejen loteri haram ditangkap polis

Mesti baca

BAU: Seorang lelaki disyaki ejen menjual loteri haram ditangkap polis di tempat parkir, Kampung Peninjau Lama, Siniawan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 36 tahun di tangkap dalam satu serbuan kira-kira jam 6.30 petang oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau menerusi serbuan Op Dadu.

“Suspek ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian loteri awam haram,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Poge, pasukan operasi turut merampas sekeping kertas putih tertera angka dipercayai loteri haram, sejumlah wang tunai, seunit telefon bimbit, sekeping kad sim dan satu unit pencetak mudah alih berwarna hitam.

Poge berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi

Secara Rawak

Artikel Terbaru