Thursday, December 9, 2021

Kajian China dakwa Covid-19 sudah ada di AS, Eropah sebelum Wuhan

Secara Rawak

Salah satu kajian di China mengungkapkan bahawa tanda penyebaran virus Covid-19 sudah berlaku di Amerika Syarikat (AS) seawal September 2019.

Kajian diterbitkan ChinaXiv penerbitan dalam talian di bawah National Science Library, Chinese Academy of Sciences mendakwa, Covid-19 sudah ada di AS sebelum kes pertama jangkitan Covid-19 yang disahkan secara rasmi berlaku di Wuhan, wilayah Hubei di China.

The Strait Times pada Rabu mengutip artikel ChinaXiv mendakwa penyebaran Covid-19 bukan setakat berlaku di AS, bahkan sudah ada tanda ia turut berlaku di Sepanyol, Perancis, Itali dan Brazil.

Artikel tersebut berjudul “Dating The First Case Of Covid-19 Epidemic From A Probabilistic Perspective” mencadangkan dilakukan analisis kualitatif dan kuantitatif berkaitan pandemik global itu.

Malah, artikel berkenaan menyarankan agar model matematik digabungkan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) mengkaji prinsip hukum epidemik ke atas wabak menular.

Memetik CNN, pengkaji menggunakan metod model transmisi epidemik dan analisis berdasarkan data raya untuk menyimpulkan berkaitan kes berlaku di 12 negeri di AS, kemudian membandingkannya dengan kes berlaku di Wuhan itu.

Dapatkan menunjukkan kes berlaku di 12 negeri di AS itu kemungkinan 50 peratus berkaitan Covid-19 dan ia berlaku antara Ogos hingga Oktober 2019.

Laporan menyebut, jangkitan paling awal kemungkinan berlaku seawal 26 April 2019 di Rhode Island dan paling akhir pada 30 November 2019 di Delaware.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru