Monday, October 25, 2021

14 meninggal di Sarawak, Kuching terus tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Hanya 13 kes atau 0.46 peratus daripada 2,825 kes Covid di sarawak hari ini daripada kategori klinikal manakala 2,812 kes atau 99.54 peratus daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 ialah tiada gejala manakala kategori 2 gejala ringan.

Menurut  kenyataan JPBNS hari ini, Kuching terus merekodkan kes tertinggi dengan  774 kes, Sibu 324; Miri 319; Bintulu 235; Sri Aman 146; Serian 126; Subis 89; Samarahan 81; Saratok 73; Betong 66; Pusa 63; Asajaya 59; Bau 58; Limbang 47 dan Kapit 46.

Manakala Lundu 43 kes; Sarikei 42; Lubok Antu 42; Mukah 32; Meradong 30;  Simunjan 26; Pakan 24; Kanowit 20; Marudi 17; dan Lawas 16.

 Matu pula merekodkan 12 kes; Song 10; Tebedu 8; Belaga dan Julau 6 masing-masingnya;  Beluru 5; Selangau 3; Telang Usan 3; Tatau dan Dalat dua masing-masingnya.

Sementara itu, terdapat 14 kes kematian  dari 14 Sept hingga  23 Sept yang dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah tersebut, lima  ialah perempuan dan sembilan lelaki yang berusia antara  43 hingga 86 tahun.

Jelas JPBNS lagi, ini termasuk dua kes di bahagian Serian,    Sibu, dan  Betong masing-masingnya;  enam di Kuching;  serta  satu Bintulu dan  Sri Aman  masing-masingnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru