Monday, October 25, 2021

Telefon bimbit suspek, mangsa kes tembak anggota TUDM diperiksa

Mesti baca

KUCHING: Polis sedang menunggu laporan forensik bagi mengenalpasti punca kejadian tembak melibatkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Balai Pengawal HANDAU, Kem TUDM Kota Samarahan pada 13 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata telefon bimbit mangsa dan suspek telah dihantar kepada forensik Bukit Aman bagi melihat kemungkinan punca kes.

“Telefon bimbit itu kita hantar ke forensik Bukit Aman untuk melihat kandungannya sama ada mempunyai unsur yang boleh menyebabkan berlakunya kes itu.

“Banyak isu yang kita perlu lihat dalam kes ini kerana melibatkan empat orang mangsa.

“Maka kita akan melihat sejarah daripada telefon bimbit mereka sama ada timbul masalah pergaduhan atau perbalahan dan mungkin ada isu-isu yang boleh berkaitan kejadian itu,” katanya pada sidang media di IPD Kuching, di sini hari ini.

Selain itu, Aidi berkata pihaknya juga merakam percakapan saksi dan rakan mangsa serta suspek.

“Itupun kita belum boleh beri keputusan lagi kerana masih menunggu laporan daripada forensik,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru