Monday, October 25, 2021

Remaja maut berus gigi guna racun tikus

Mesti baca

MUMBAI: Seorang remaja di Mumbai menemui ajalnya selepas tersilap memberus gigi menggunakan racun tikus yang disangkanya ubat gigi.

Menurut laporan media tempatan, mangsa Afsana Khan bangun tidur sekitar 10 pagi dan terus ke tandas untuk memberus giginya.

Dalam keadaan masih mengantuk, gadis tersebut tidak menyedari dia terambil tiub racun tikus dan bukannya tiub ubat giginya.

Semasa memberus giginya dia menyedari ia bukan ubat gigi dan terus meludahnya ke luar.

Afsana kemudian meneruskan rutin hariannya, namun keadaannya menjadi semakin lemah dan dia juga tidak memberitahu kedua-dua ibu bapanya insiden tersebut kerana takut dimarahi.

Sebaliknya dia pergi ke tiga hospital dan makan pelbagai ubat yang diberikan menyebabkan dia mengalami sakit perut.

Menurut Gulfnews, Afsana akhirnya memberitahu ayah dan ibunya dan dia dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan lanjut.

Namun keadaannya menjadi semakin teruk dan dia meninggal dunia di hospital tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru