Monday, October 25, 2021

Pusat Komuniti Desa Buntal sudah beroperasi

Mesti baca

KUCHING: Pusat Komuniti Desa Buntal telah mula beroperasi bagi menyediakan kemudahan internet (WiFi), komputer, mesin pencetak dan lain-lain.

Pusat tersebut disediakan untuk dimanfaatkan oleh penduduk kampung terutamanya pelajar sekolah yang mempunyai kekangan talian internet bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR).

Operasi perkhidmatan dibuka pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru