Monday, October 25, 2021

Pemberian vaksin remaja: Sarawak kedua tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Sehingga Isnin lalu, sebanyak 308,186 remaja telah menerima dos vaksin pertama  Covid-19 dengan Sabah merekodkan bilangan tertinggi, iaitu 118,141 orang.

Ini menurut Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) diikuti Sarawak sebanyak 88,473, Kedah 19,453; Kelantan 17,413; Johor 16,019 dan Labuan 2,523.

Katanya, sehingga Isnin lalu, sebanyak 5,964 buah sekolah telah berdaftar dengan Vaksin-Anakku.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (pick) Remaja telah dimuakan secara rasmi di peirngkat kebangsaan pada Isnin dengan menyasarkan 3.2 juta golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

“Langkah in i sebagai persediaan pembukaan sekolah bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan, sekali gus mencegah kejadian kluster dan kes dalam kalangan warga sekolah, “ kata KKM dalam satu kenyataan.

Satu lagi pendekatan yang akan dilaksanakan dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan dan mempercepat proses pemberian vaksin kepada remaja adalah secara walk-in berjadua.

“Pemberian vaksin Pick-Remaja secara walk-in di 156 PPV hanya akan bermula pada 23 Sep, melibatkan semua kategori remaja, termasuk mereka yang tidak bersekolah,” jelasnya.

Katanya lagi, bagi remaja yang tidak bersekolah boleh walk-in di mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman.

“Bagaimanapun, sekiranya kuota  vaksin di PPV tersebut telah habis untuk hari tersebut, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta yang berdekatan,” jelasnya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru