Monday, October 25, 2021

82.9 peratus populasi dewasa di Sarawak terima dua dos

Mesti baca

KUCHING: Setakat semalam, sebanyak 80.2 peratus populasi dewasa atau 18,766,340 individu di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut  Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, setakat semalam juga, sebanyak 93.2 peratus atau 21,813,163 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 261,255 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 123,414 dos pertama dan 137,841 dos lengkap.

Katanya, ini  menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,925,929 dos.

Katanya lagi, sebanyak 1,951,471 (69.3%)  individu di Sarawak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala yang lengkap menerima dus dos vaksin ialah 1,824,310 orang (64.8%).

Bagi populasi dewasa pula, dari segi peratusan penerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pula ialah  91 peratus manakala    manakala lengkap dua dos pula 82. 9 peratus.

Secara Rawak

Artikel Terbaru