Monday, October 25, 2021

501 pelajar terima bantuan pakaian Yayasan Sarawak

Mesti baca

BINTULU: Seramai 501 pelajar dari 18 buah sekolah dalam DUN Samalaju menerima Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak dengan kos keseluruhan berjumlah RM100,200.

Mereka terdiri daripada 315 penerima e-kasih, 22 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Penan (19), pelajar Tingkatan Satu(90) dan 55 murid Tahun Satu.

Simbolik penyerahan disempurnakan Adun Samalaju Majang Renggi.

Dalam ucapan ringkasnya, Majang mencadangkan Yayasan Sarawak supaya bantuan tidak terhad kepada pembelian pakaian seragam sahaja, tetapi diperluaskan untuk membeli gajet bagi kegunaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

Bantuan seperti itu, jelasnya, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung ibu dan bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak selepas pandemik Covid-19.

Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak Louis Simon Peter, Penolong Pengarah Seksyen Program dan Bantuan Yayasan Sarawak Abdullah Abdul Gafor, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, wakil Residen Bahagian Bintulu Harun Hatta dan Pegawai Pendidikan (Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu) mewakili Pengetua, Guru Besar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Evelyn Eba Nompang antara yang hadir.

Secara Rawak

Artikel Terbaru