Friday, October 22, 2021

36 kilogram dadah cuba diseludup keluar dari Sarawak

Mesti baca

SERIAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya mematah cubaan seorang lelaki menyeludup dadah jenis syabu ke Indonesia pada awal pagi Sabtu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, rampasan dadah seberat 36 kilogram bernilai RM1.296 juta merupakan rampasan terbesar di daerah Serian tahun ini.

Menurutnya, dadah terbabit dipercayai dari Miri untuk diedarkan ke Indonesia dapat memuaskan 36,000 penagih.

Mengulas lanjut, katanya, PGA Sarawak yang menjalankan Op Benteng di persimpangan Bandar Mutiara, Tebedu telah mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira jam 5 pagi bergerak dari Serian menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen, Keselamatan dan Kuarantin telah berpatah balik dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, PGA Sarawak bertindak mengejar dan menahan kenderaan dipandu suspek berusia 48 tahun tersebut di KM 8 berhampiran Kampung Sejijak, Jalan Tebedu-Serian.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipandu suspek telah menjumpai dua beg galas di bahagian penumpang tengah dan dua beg galas di bahagian bawah kerusi penumpang belakang.

“Hasil pemeriksaan lanjut kesemua beg yang dijumpa didapati sembilan bungkusan
mengandungi dadah jenis syabu yany dirampas sebagai bukti. Turut dirampas kenderaan MPV terbabit, seutas jam tangan dan wang tunai RM572,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di sini semalam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru