Monday, October 25, 2021

Terjumpa rambut di pusara berusia 100 tahun

Mesti baca

SACRAMENTO: Lelaki California menerima kejutan selepas menemui gumpalan rambut di tepi sebuah kubur berusia 100 tahun di Tanah Perkuburan Katolik Saint Joseph di Sacramento.

Dia memuat naik penemuannya di akaun TikTok, menyebabkan netizen seram melihatnya.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat berdiri bersebelahan pusara dan menunjukkan gumpalan rambut berwarna hitam yang terselit keluar dari batu konkrit pusara terbabit.

Menurut Jam Press, lelaki berusia 37 tahun itu meneliti gumpalan rambut itu dan mendapati ia rambut manusia.

Secara Rawak

Artikel Terbaru