Monday, October 25, 2021

17 lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  dilaksanakan di 17 lokaliti di Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), arahan PKPD berkuat kuasa 19 hingga 28 September ini melibatkan dua lokaliti  di Sebauh.

Jelasnya dalam satu kenyataan semalam, tiga lagi lokaliti masing-masing satu di Sebauh, Tatau dan Bintulu  menjalani PKPD berkuat kuasa 20 hingga 29 September.

“Manakala 10 lokaliti membabitkan tiga masing-masing di Lubok Antu dan Julau serta dua masing-masing di Sri Aman dan Pakan dikenakan PKPD mulai 21 hingga 30 September ini,’ katanya lagi.

PKPD dari  21 September hingga 1 Oktober turut dikenakan  di Betong dan di Sarikei,” katanya.

Jelasnya, lanjutan tempoh PKPD membabitkan satu lokaliti di Betong.

“Lokaliti yang dikenakan lanjutan PKPD ialah Rh. Stephen, Jerai, Debak iaitu dari 22 September hingga 1 Oktober,” katanya.

JPBNS  turut  menyatakan, 25 lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan pada 20 dan 21 September.

Secara Rawak

Artikel Terbaru