Friday, October 22, 2021

Salah guna kuasa: SPRM tahan tiga pegawai

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

Kata kenyataan itu, ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021.

Katanya, SPRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

SPRM menegaskan ia tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah, dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

Secara Rawak

Artikel Terbaru