Monday, October 25, 2021

Sabung ayam: Polis tahan tiga lelaki

Mesti baca

SARIKEI: Polis menahan tiga orang lelaki selepas disyaki terlibat dalam aktiviti sabung ayam di kawasan tanah lapang kebun kelapa sawit, Jalan Sugai Pakan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superitendan Polis (DSP) Andam Sulin Brayun berkata,
saspek berusia dalam lingkungan 35 hingga 75 tahun itu ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan pada jam 2.00 petang.

Selain itu katanya, polis juga berjaya merampas lima ekor ayam sabung hidup, satu unit alat
penimbang, satu keratan kotak tertulis angka-angka dan satu bilah taji ayam.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Julau dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiyaan Binatang 1963 dan sekiranya disabit kesalahan akan dihadap ke mahkamah.

“Kesemua saspek juga akan dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana melakukan kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021 dan boleh didenda RM 1,500 seorang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Polis ingin mengingatkan orang ramai agar tidak menjalankan kegiatan judi sabung ayam dan sentiasa mematuhi arahan penguatkuasa sepanjang tempoh PPN.

Aktiviti seperti itu katanya, bukan sahaja boleh menyebabkan orang ramai berkumpul sekali gus mendatang risiko penyebaran wabak Covid-19.

“Pihak PDRM khususnya IPD Julau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti sabung ayam dan tindakan tegas akan diambil.”

Secara Rawak

Artikel Terbaru