Monday, October 25, 2021

Rekod 927 kes Delta, China lockdown Putian, Xiamen

Mesti baca

BEIJING: Berjaya mengendalikan varian Delta sebelum ini, kini China kembali mengenakan penguncian (lockdown) khususnya di wilayah Putian dan Xiamen setelah merekodkan 927 kes baharu positif Covid-19.

China memperketat wilayah Putian mempunyai 3 juta warga dan Xiamen 5 juta penduduk – dilarang keluar kota tanpa urusan penting.

Pemerintah setempat juga menutup pustaka, muzium, bar, pawagam dan tempat olahraga.

Semua acara termasuk Festival Pertengahan Musim Gugur yang sepatutnya diadakan 19 September lepas dibatalkan.

Kota Quanzhou minggu lepas turut merekodkan tiga kes lantaran
menghentikan perkhidmatan bas kota, menutup beberapa tempat umum, menangguhkan makan di restoran dan melarang warga melakukan perjalanan ke luar daerah.

China setakat ini sudah memvaksinasi lebih 1 bilion warganya bersamaan 71 peratus jumlah keseluruhan penduduk.

Secara Rawak

Artikel Terbaru