Monday, October 25, 2021

PKPD: ADUN Meradong sumbang makanan untuk penduduk Rumah Panjang Sumpun 

Mesti baca

BINTANGOR: Sebanyak 46 pek bekalan makanan telah disumbangkan kepada penduduk Rumah Panjang Sumpun di Sungai Selidap yang menjalani kuarantin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Sabtu.

Human Assistance Disaster Relief (HADR) telah mengagihkan sumbangan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing serta mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kebudayaan, Sosial Dan Kebajikan Daerah Meradong.

Dalam pada itu, bantuan bekalan makanan yang disalurkan adalah mencukupi serta mampu  meringankan tanggungan beban penduduk rumah panjang dalam tempoh menjalankan kuarantin.

Turut hadir menjayakan program tersebut, Pengerusi Wanita SUPP Bintangor, Chieng Ming Kiong dan Kaunselor Lau Sie Hing.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru