Monday, October 25, 2021

Pemilik premis makanan  sudah sedia terima pelanggan untuk ‘dine in’

Mesti baca

KUCHING: Susulan Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membenarkan “Dine In” bagi Zon Selatan mulai Isnin, premis  makanan di sekitar Kuching sudah bersedia untuk menyambut pelanggan.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Ahad, rata-rata premis makanan sudah mula membuat persedian rapi termasuk menampal nota pemberitahuan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Bagi wakil pengusaha premis makanan di Matang Jaya, Sharifah Allya Natasha, mereka telah membuat kerja-kerja pembersihan kedai sebelum menerima kedatangan pelanggan serta memberitahu, mereka hanya menerima pelanggan yang hanya sudah lengkap di vaksin sahaja.

Manakala menurut pengurus gerai makanan, Omar Alias Mazlan,  mereka sudah membuat sanitasi peralatan bagi kegunaan pelanggan yang akan datang ke kedai pada esok hari serta berpesan kepada pelanggan agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru