Monday, October 25, 2021

Pemandu van sengaja langgar kedai mainan, curi mainan Lego, Pokemon

Mesti baca

VOORBURG: Kedai mainan Intertoys di Voorburg, Denmark dilanggar dengan sengaja oleh pemandu van menurut pengurus kedai tersebut.

Ia dilakukan bertujuan mencuri barang mainan Lego dan Pokemon.

Bahagian hadapan tingkap kedai rosak, lapor pengurus itu kepada media tempatan.

“Nasib baik, kami sudah sedia untuk serangan seperti ini dan kami mempunyai kaca berlapis di depan serta mereka tidak dapat mengambil banyak.”

“Mainan Lego dan Pokemon kini semakin diminati menyebabkan harganya semakin mahal dan menjadi rebutan,” tambahnya lagi.

Sejak kebelakangan ini jumlah kecurian berkaitan mainan Lego semakin meningkat.

Akhbar The Guardian dan NPR baru-baru ini menulis tentang peningkatan jenayah Lego di Eropah dan negara sekitarnya.

Menurut Wownews, set edisi terhad menjadi rebutan pengumpul, dan harganya boleh meningkat sehingga ribuan ringgit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru