Monday, October 25, 2021

Najib: Dulu boleh, kini tak boleh

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Dahulu semasa di bawah kerajaan lama tidak boleh, kini boleh, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga ahli parlimen Pekan  berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang berkata cadangan kerajaan untuk meningkatkan had siling Kumpulan Wang COVID-19 daripada RM65 bilion ketika ini kepada RM110 bilion serta had statutori hutang negara adalah bertujuan untuk menyokong rakyat dan perniagaan apabila ekonomi negara dibuka semula sepenuhnya.

Sebelum ini juga, Najib pernah mencadangkan agar kerajaan menaikkan hutang negara ke paras 65 peratus bagi membantu rakyat bagi mendepani pandemik Covid-19.

Seterusnya ujar Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu, dengan langkah tersebut, sekitar RM50 bilion perbelanjaan terus kerajaan dapat dibebaskan untuk diagihkan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.

“Sebenarnya langkah untuk naikkan had untuk pinjam lagi ini boleh dielakkan tetapi ‘lockdown’ separuh masak yang berpanjangan mengakibatkan sasaran pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dalam bajet 2021 dipotong separuh dari 7% ke 3.5% manakala defist bajet terpaksa dinaikkan dua kali,” dalam satu hantaran di Facebook..

“Tapi itu sudah berlaku. Menjadi sejarah kegagalan,” katanya.

Ujarnya, apa yang paling penting sekarang  ialah bantu rakyat serta perniagaan supaya ekonomi boleh bergerak dan memulih secepat mungkin.

“Lepas pulih, baru fokus untuk turunkan semula nisbah hutang ke paras ke paras 48% seperti sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum 14),” katanya.

Melalui program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM  Menteri Kewangan itu berkata peningkatan had siling dan had statutori hutang negara yang baharu itu akan dibuat sejurus menerima kelulusan Parlimen.

“Dengan kelulusan jemaah menteri kita tingkatkan (had siling) Kumpulan Wang Covid-19 daripada siling perbelanjaan RM65 billion kepada RM110 billion manakala had statutori hutang negara akan dinaikkan daripada 60 peratus daripada KDNK kepada 65 peratus,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru