Monday, October 25, 2021

Hampir 83 peratus dikuarantin di rumah

Mesti baca

KUCHING: Laman sesawang COVIDNOW berkata,  jumlah mereka yang menjalani kuarantin di rumah  di negara ini setakat semalam adalah 174,548 atau 82.9 peratus.

Manakala  jumlah kumulatif kes korban akibat Covid-19 di Malaysia adalah 23,443.

Sejumlah 376 kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat 11.59 malam pada 19 September.

Jumlah kematian yang dilaporkan itu termasuk tunggakan kes (backlog) yang belum dilaporkan sebelum ini.

Manakala 75 kematian lagi dilaporkan melibatkan brought-in-dead (BID).

Sementara itu, Malaysia memasuki fasa baharu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hari ini dengan program vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun dengan sasaran 80 peratus  mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) menjangkakan seramai 3.2 juta kanak-kanak memperoleh perlindungan vaksin dalam masa tiga bulan program berlangsung.

Secara Rawak

Artikel Terbaru