Monday, October 25, 2021

Enggan kembalikan wang tersilap masuk oleh bank, dakwa wang “diberikan” PM

Mesti baca

DELHI: Seorang lelaki mendakwa menerima wang berjumlah 0.55 juta rupee (RM31,132) daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi dan enggan menyerahkannya kembali kepada pihak bank.

Sebuah agensi berita asing melaporkan sebuah bank tersilap memasukkan wang tersebut ke dalam akaun Ranjit Das.

Pihak bank segera menyedari kesalahan mereka dan menghantar beberapa notis kepadanya.

Namun, dia tidak mahu menyerahkannya semula dengan mendakwa dia telah membelanjakannya.

Dia terus menegaskan wang itu dikirim kepadanya oleh Perdana Menteri Modi dan ia merupakan bayaran pertama daripada wang berjumlah 1.5 juta rupee (RM84,907) yang dijanjikan oleh pemimpin itu kepadanya.

Menurut Das lagi, wang itu tiada lagi dalam akaun banknya kerana dia sudah membelanjakan kesemuanya.

Pihak bank dilapor memfail aduan terhadap Das dan menurut TimesofIndia, dia sudah pun ditahan polis.

Secara Rawak

Artikel Terbaru