Monday, October 25, 2021

ADUN Kuala Rajang sumbang bantuan makanan kepada penduduk rumah yang terbabit

Mesti baca

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh telah menyumbangkan bantuan bekalan makanan kepada dua buah rumah yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, pada Sabtu.

Program ringkas tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kuala Rajang serta diagihkan oleh kakitangan pusat berkenaan bersama Pemuda Kuala Rajang mengikut Prosedur Operasi Standar (SOP) yang telah dibenarkan.

Difahamkan, ini merupakan kali kedua Rumah Usey Sering dan Rumah Sigi Singau dikenakan PKPD di mana kali pertama adalah pada Jun 2021 dan PKPD kali kedua pula, bermula sejak 16 September lalu sehingga 29 September 2021.

Datu Len yang juga Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak berharap, agar bantuan bakul makanan ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan menyeru penduduk rumah panjang di kawasan Sare mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

Dalam pada itu, beliau turut memesan agar ketua-ketua kaum dan tuai-tuai rumah mengambil langkah perlu dalam memastikan keselamatan kawasan seliaan masing-masing bagi mengekang penularan COVID-19 ini.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru