Monday, October 25, 2021

576 calon SPM ulangan  di Sarawak duduki peperiksaan mulai esok

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak  576 orang calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2021 di Sarawak.

Menurut  Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, semua calon akan menduduki peperiksaan tersebut di 18 buah pusat peperiksaan iaitu 13 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Kebangsaan (3), Sekolah Swasta (1), Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah (1).

Katanya dalam satu kenyataan, peperiksaan itu akan diadakan serentak di seluruh negara bermula 21 hingga 23 September ini.

Jelasnya,  33 orang penyelia kawasan dan 83 orang pengawas dilantik untuk mengendalikan peperiksaan SPMU di negeri ini.

“Semua calon diminta merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan SPMU untuk mendapatkan maklumat mengenai butiran peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” katanya.

Jadual waktu peperiksaan SPMU boleh dimuat turun menerusi portal Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my.

Sebanyak 8, 077 calon di seluruh negara  bakal menduduki peperiksaan Sijil SPMU bagi tahun 2021.

Jelas Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan, bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan tersebut berjalan dengan lancarnya, seramai 1568 petugas peperiksaan telah dilantik. 

Katanya, calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2021 di 201 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Secara Rawak

Artikel Terbaru