Monday, October 25, 2021

23 lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  dilaksanakan di 23 lokaliti di Sarawak, berkuat kuasa antara 17 hingga 30 Sept ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) PKPD melibatkan dua rumah panjang di Bintulu, sebuah rumah panjang di Limbang dan Meradong, serta tiga buah rumah panjang  di Tatau dan Lubok Antu masing-masingnya.

“Lokaliti lain ialah tujuh rumah panjang di Sri Aman, empat rumah panjang di Pakan, sebuah rumah panjang di Marudi dan sebuah sekolah di Marudi iaitu SK Benawa,” kata JPBNS menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, penamatan PKPD melibatkan 16 lokaliti di daerah Sri Aman, Bintulu, Sebauh, Tatau, Lundu, Kuching, Lubok Antu dan Pakan.

Antara yang ditamatkan PKPD di Rh Tarang, Entulang Entawa di Sri Aman, Rh Alih Nyawin di Bintulu serta empat kuarters pekerja dan sebuah bilik sewa di Bintulu.

Katanya lagi, PKPD di Rh Mebak Agi di Sebauh, Rh Sengalang Unggat di Tatau, Kampung Selampit 1 dan 2 di Lundu, Kampung Tanjung Bako di Kuching dan Rh Jabu, Ng Tebat, Skrang di Lubok Antu juga turut ditamatkan.

Manakala di Pakan, penamatan PKPD melibatkan Rh Guntor, Sg. Kepayang, Rh Matu, Batu 3, Rh Christina, Nunggang dan Rh Liman, Bt 4, Munggu Temedak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru