Monday, October 25, 2021

Tiga lagi kluster baharu di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mengisytiharkan tiga lagi kluster baharu jangkitan Covid-19 dengan masing-masing melibatkan kluster komuniti, institusi dan tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kluster institusi yang diisytiharkan itu ialah Kluster KM19, Jalan Kuching Serian, Kuching.

“Kluster ini dikesan melibatkan kakitangan dan penghuni sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di Jalan Poh Kwong, Kilometer 19, Off Jalan Kuching-Serian, Kuching.

“Manakala, bagi Kluster Komuniti, ia merupakan Kluster Nanga Sesamak, Kanowit yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang.

“Seterusnya, Kluster Pelut, Baram, Telang Usan yang melibatkan kluster tempat kerja adalah dari sebuah kem pembalakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN menyatakan kluster Jalan Seringgok, Bau ditamatkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

Setakat hari ini juga, JPBN memaklumkan terdapat 11 lokaliti telah dikenakan PKPD manakala terdapat 48 lokaliti ditamatkan PKPD.

Secara Rawak

Artikel Terbaru