Thursday, December 9, 2021

Jumlah kematian 20 kes di Sarawak hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan jumlah kematian harian kerana Covid-19 adalah tertinggi hari ini sejak virus maut itu dikesan di negeri ini  sejak Feb 2020.

Menurut JPBNS, sebanyak 20 kes direkodkan hari ini dengan semua mangsa mempunyai penyakit lain.

Menurutnya dalam satu kenyataan, sebanyak 12 kes membabitkan lelaki dan selebihnya perempuan.

Mangsa berusia antara 45 hingga 90 tahun.

Empat kes kematian direkodkan di Sibu, Serian 3, Lubok Antu, Miri, dan Sri Aman masing-masing dua, manakala Bau, Selangau, Kuching, Matu, Beluru, Bintulu dan Kanowit masing-masing satu kematian.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini ialah 2,707, sekali gus tertinggi di negara ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru