Monday, October 25, 2021

Tiada lagi ujian calitan rt-PCR untuk masuk ke Bahagian Bintulu

Mesti baca

BINTULU: Tiada lagi syarat menjalani ujian calitan RT-PCR bagi individu yang ingin memasuki Bahagian Bintulu mulai hari ini(18 September).

Mengesahkan perkara itu, pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBBB) Bintulu Jack Aman Luat berkata pihaknya memutuskan mengikuti arahan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Jumaat.

Katanya, Bintulu sepertimana Bahagian lain harus akur terhadap keputusan JPBNS yang mana ujian calitan RT-PCR tidak lagi diperlukan ke atas setiap individu yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 ekoran Sarawak sudah mencapai imuniti kelompok.

Bagaimanapun, bagi individu yang belum menerima suntikan vaksin, mereka perlu
mengemukakan keputusan ujian calitan RT-PCR selain permit polis untuk rentas bahagian bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut, katanya lagi.

“Pada masa sekarang, segala arahan berkaitan rentas bahagian termasuk kemasukan ke Bintulu adalah sama sebagaimana bahagian lain di negeri ini sekali gus memudahkan pergerakan semua pihak,” tambah Jack yang juga Residen Bahagian Bintulu.

Sebelum ini, Bintulu merupakan satu-satunya bahagian di negeri ini yang mengkehendaki setiap individu menjalani ujian calitan RT-PCR sekiranya ingin memasukan bahagian ini.

Malah, syarat kemasukan ini turut menimbulkan pelbagai rungutan di kalangan masyarakat yang menganggap ia membebankan ekoran kos yang tinggi dan sebagainya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru