Monday, October 25, 2021

Sarawak terus catat kes tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak terus mencatatkan junmlah kes harian tertinggi dengan 2,929 kes.

Ini sebahagian daripada  15,549 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan, menurut Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM).

Ini menjadikan jumlah kes di Sarawak setakat ini 177,081 setakat ini.

Kadar penggunaan hospital, ICU dan ventilator di Sarawak meningkat tetapi tidak melebihi kapasiti.

CovidNow menyatakan kadar penggunaan ventilator di negeri ini berada pada 41.2 peratus.

Berikut pecahan kes baharu mengikut negeri:

  • Sarawak (2,929)
  • Johor (2,208)
  • Selangor (1,995)
  • Sabah (1,395)
  • Pulau Pinang (1,375)
  • Kelantan (1,214)
  • Perak (1,120)
  • Kedah (1,073)
  • Terengganu (755)
  • Pahang (634)
  • Kuala Lumpur (382)
  • Melaka (263)
  • Negeri Sembilan (131)
  • Perlis (33)
  • Putrajaya (31)
  • Labuan (11)

Sementara itu, vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan di beberapa negeri membantu menurunkan kadar kematian meskipun terdapat peningkatan jangkitan, menurut pegawai Kementerian Kesihatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru