Saturday, October 23, 2021

Sarawak catat kebolehjangkitan tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak kekal merekodkan kadar kebolehjangkitan tertinggi  di negara ini dengan 1.11 nilai R-naught.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Ini diikuti Terengganu (1.05), Perak (1.04), Pahang (1.04), Johor (1.01), Pulau Pinang (1.00), Perlis (0.98) dan Kelantan (0.97).

Sabah (0.92), Melaka (0.91), Kedah (0.90), Putrajaya (0.87), Negeri Sembilan (0.87), Selangor (0.84) dan Kuala Lumpur (0.81) mencatat Rt di bawah purata kebangsaan.

Labuan, yang sudah mencapai imuniti kelompok, mencatatkan 10 kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Secara Rawak

Artikel Terbaru