Monday, October 25, 2021

Ribuan pipit mati berjatuhan dari langit

Mesti baca

JAKARTA: Di Cirebon, Jawa Barat, 14 September lepas, ratusan burung pipit berjatuhan di kawasan parkir Balai di Kota Cirebon dan menjadi viral di media sosial.

Terdapat burung yang jatuh itu masih bergerak dan dalam keadaan basah serta tidak dapat terbang.

Namun, dilaporkan ada pegawai yang mengumpulkan burung pipit yang masih hidup dan basah, kemudian dikeringkan dan burung tersebut dapat terbang semula.

Sumber di tempat kejadian berkat, sebelum itu memang terjadi hujan sehingga berlaku kematian pada burung pipit yang tinggal di pohon ciku, namun burung pipit yang tinggal di sela-sela bangunan sihat-sihat sahaja.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa bahagian Pemakanan dan Peternakan Jawa Barat mendapati tidak ditemukan virus influenza mengikut ujian sampel makmal berdasarkan rapid test avian influenza dan ujian PCR untuk flu New Castle.

Sementara, Pengkaji Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, Mohammad Irham menanggapi kematian haiwan secara besar-besaran biasanya berpunca daripada perubahan iklim.

Sebelum ini, fenomena serupa berlaku di Bali 9 September lepas di kuburan Banjar Sema, Desa Pering, Kecamatan Blahbatuh, Kabupaten Gianyar melibatkan sekitar 1,000 ekor burung pipit selepas hujan turun.

Pihak alam sekitar Bali menjangka tiga punca kematian burung tersebut adalah disebabkan asid dalam air hujan, perubahan cuaca serta pencemaran pestisida yang tidak mesra alam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru