Saturday, October 23, 2021

Malaysia belum merdeka  sepenuhnya dari Covid-19

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana negara belum bebas lagi dari pandemik terbabit.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan walaupun sekarang ini kerajaan telah melonggarkan pergerakan yang bermakna sudah tidak terkurung lagi di dalam rumah tetapi ia bukanlah bermakna merdeka sepenuhnya.

“Ya, memang kita ingin bercuti. Ke Langkawi misalnya, tapi jangan kita lupa diri dan keluarga.

“Ya, memang bank mampu kecualikan faedah moratorium. Terima kasih, namun kita tetap kena bayar hutang pokok.

“Dalam keadaan belum menang keseluruhan, Covid-19 ada di sekitar, mesti terus jaga SOP. Moga kita terus emerangi Covid-19 hingga menang dalam erti kata yang sebenarnya,” katanya dalam ciapan menerusi Twitternya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian mengajak perbandingan Malaysia dibuat dengan negara-negara lain.

“Kadar kematian kita tinggi. Endemik di Indonesia 3,779 kes 188 mati. New Zealand 33 kes ‘lockdown’, di Auckland satu sahaja mati dalam tempoh enam bulan.

“Maka waspadalah rakyat Malaysia. Kita belum bebas lagi. Terus ikut SOP dengan disiplinkan diri agar kita terjaga,” katanya.

Beliau turut menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang sentiasa mengingatkan rakyat melalui mesej-mesej harian.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru