Monday, October 25, 2021

Indonesia sudah rekod lebih 140,000 kematian

Mesti baca

KUCHING: Malaysia kini berada di tangga ke-21 dunia dari segi jumlah keseluruhan kes jangkitan.

Menurut angka Worldometers, setakat pagi Sabtu, jumlah kes jangkitan keseluruhan di negara ini ialah 2,067,327.

Jumlah kematian pula 22,743 kes.

Malaysia dengan sekitar 33 juta penduduk kedua paling teruk di Asia Tenggara, di belakang Indonesia.

Indonesia dengan penduduk 270 juta jiwa berada di tangga ke-13 dunia.

Jumlah kes jangkitan setakat pagi ini ialah 4,185,144 manakala jumlah kematian 140,138.

Thailand berada di tangga ke-29 dengan 1,448,792 kes jangkitan dan 15,124 kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru