Monday, October 25, 2021

Gelandangan ditangkap mengacu pisau depan orang ramai

Mesti baca

KUCHING: Seorang lelaki ditahan polis kerana menimbulkan huru-hara dan mengacu sebilah pisau terhadap orang ramai di Satok tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, lelaki berusia 44 tahun dipercayai seorang gelandangan ditahan sekitar jam 12.00 tengah hari.

“Lelaki tersebut kini telah dihantar ke Hospital Sentosa,” katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan semasa kejadian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru