Monday, October 25, 2021

12 lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 12 lagi lokaliti Sarawak menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala 21 lagi ditamatkan pelaksanaannya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan, lokaliti PKPD  berkenaan ialah daerah Tatau, Sri Aman, Meradong, Telang Usan, Saratok, Betong dan Sarikei.

PKPD dikuatkuasakan dari 16 hingga 29 September  membabitkan Rumah Charlee Anak Ujang, Sungai (Sg) Sap dan Rumah Saran Anak Belang, Nanga Tau.

“Sementara itu di Sri Aman, tiga lokaliti iaitu Rumah Panjang (Rh) Rikie, Punggu Tengah, Rh Gading, Ran Ulu dan Rh Joel, Bijat Ai diperintahkan menjalani PKPD dari 17 hingga 30 September, “ katanya dalam satu kenyataan.

“PKPD dalam tempoh sama  juga dikenakan di  Rh Untin, Sg Mador, Bintangor di Meradong,” katanya.

Kem Pelutan di Telang Usan  diperintahkan menjalani PKPD berkuatkuasa 17 September hingga 1 Oktober.

“PKPD membabitkan Rh Cecilia, Praja Atas di Saratok serta dua lokaliti di Betong iaitu Rh Collin Amban, Bengang dan Rh Pagu, Meregang, Debak dikuatkuasakan mulai 18 September hingga 1 Oktober,” jelasnya.

“Rh Rosyvia, Sare dan Rh Robert, Sg Merudu di Sarikei, dikenakan PKPD dalam tempoh sama,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru