Friday, October 22, 2021

Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak bakal beroperasi pada 2023

Mesti baca

SEKOLAH menengah antarabangsa milik Kerajaan Sarawak yang pertama atau dikenali sebagai Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak dijangka beroperasi pada 2023.

Sekolah tersebut terletak di Batu 12, Jalan Kuching-Serian, menjadi sekolah pertama daripada sekolah menengah antarabangsa milik kerajaan yang didirikan di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merasmikan majlis upacara pecah tanah pada 22 September tahun lalu di Kilometer 20, Jalan Kuching-Serian.

Idea swasta ini dicetuskan oleh Abang Johari sendiri dengan inisiatif memberi pendidikan berkualiti kepada rakyat Sarawak berdasarkan perubahan berterusan dalam dasar pendidikan Kerajaan Persekutuan.

Dalam ucapan beliau, Abang Johari berkata sekolah antarabangsa dirancang untuk anak-anak penduduk luar bandar supaya terdedah dan mendapat manfaat daripada persekitaran pembelajaran serta taraf sistem pendidikan lebih tinggi.

Ini kerana dasar sosial Sarawak mahu berlaku adil kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

Pada masa ini, hanya golongan elit berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa swasta di negeri ini.

Beliau menjelaskan Kerajaan Sarawak tidak bersaing dengan sektor swasta, tetapi berusaha menyediakan jalan bagi anak-anak pintar luar bandar mempunyai peluang yang sama seperti anak golongan elit di bandar.

Pada akhirnya, kita dapat mempunyai rakyat pintar dari seluruh kawasan serta berpeluang belajar pada peringkat lebih tinggi.

Ini merangkumi setiap lapisan masyarakat serta memudahkan mereka memasuki universiti bertaraf dunia.

Abang Johari juga menekankan Sarawak perlu dihubungkan dengan dunia antarabangsa memandangkan jumlah penduduk yang agak kecil tetapi memiliki keluasan tanah yang besar.

Rakyat Sarawak mesti dilatih memiliki pemikiran global dan dapat dihubungkan dengan dunia melalui kaedah digital.

Oleh itu, penubuhan sekolah antarabangsa dapat membantu kita merealisasikan impian tersebut di samping prasarana dan teknologi canggih turut disediakan.

Beberapa sekolah antarabangsa lain dalam perancangan untuk dibina di Sibu, Miri, Bintulu dan terdapat sekolah kedua belum diumumkan di Kuching

Pembinaa sekolah ini dapat mengenal pasti pelajar berpotensi tinggi serta memberi peluang kepada mereka merealisasikan potensi penuh dengan memberi akses pendidikan bertaraf antarabangsa.

Dalam membuat keputusan mendirikan sekolah ini, Kerajaan Sarawak mempertimbang beberapa faktor seperti tanggungjawab negara melindungi hak berkaitan hal kebajikan pendidikannya seperti dinyatakan dalam paragraf 17 dari Laporan Jawatankuasa Antar-Pemerintah, 1962 (Laporan IGC ) seperti berikut: “… walaupun Pendidikan, item 13 (a) daripada senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan akan menjadi subjek Persekutuan, dasar dan sistem pentadbiran pendidikan sekarang di Borneo Utara dan Sarawak harus tidak terganggu dan tetap di bawah kawalan Kerajaan Negeri sehingga pemerintah tersebut bersetuju.”

Kerajaan Sarawak mempelajari undang-undang relevan dan terlibat secara aktif dengan Kementerian Pendidikan (KPM) serta memenuhi kehendak KPM dalam setiap proses penubuhan sekolah ini.

Ini memastikan penubuhan sekolah antarabangsa selari dengan dasar utama pendidikan Malaysia serta mewujudkan lebih ramai anak Sarawak mahir dalam setiap bidang baik kemahiran mahupun ilmiah.

Semua Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak diuruskan dan dimilik YS International Education Sdn. Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Sanjung Services Sdn. Bhd) yang merupakan anak syarikat Yayasan Sarawak.

Setiap sekolah memerlukan RM40 hingga RM45 juta untuk dilaksanakan dengan dana tambahan yang diperlukan untuk tujuan pengurusan.

Selain itu, sekolah tersebut disediakan untuk pelajar Tahun 7 hingga Tahun 11 (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5).

Pemilihan pelajar juga inklusif yang bermaksud pelajar daripada semua kaum asalkan mereka merupakan rakyat Sarawak dan memenuhi kriteria pemilihan.

Pemilihan pelajar juga tanpa mengira status ekonomi, namun terdapat keluarga diberikan
untuk pelajar daripada keluarga berada.

Kira-kira 80 peratus pelajar yang disediakan kemudahan asrama.

Menurut Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Amar Micheal Manyin, Sekolah Menengah Antarabangsa Kuching Yayasan Sarawak menawarkan Sijil Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGSE) yang ditawarkan oleh Lembaga Pendidikan Antarabangsa Cambridge Assessment.

Tiga kelas untuk aliran STEM (Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik) dan satu kelas untuk aliran seni.

Pelajar di sekolah ini juga diminta bersiap sedia menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM) sebagai calon persendirian.

Selain itu, subjek Bahasa Malaysia juga ditawarkan di sekolah ini untuk memenuhi kehendak universiti awam di seluruh negara jika pelajar memilih melanjutkan pelajaran di universiti awam tempatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru