Thursday, December 9, 2021

Penyanyi rap tanam rantai emas jadi rambut di kepala

Secara Rawak

MEXICO: Dan Sur, 23, penyanyi rap terkenal Mexico, baru-baru ini menjadi tumpuan ramai di negaranya selepas menanam rantai emas di kepalanya sebagai menggantikan rambut asalnya.

Menurutnya dia ingin melakukan sesuatu yang berbeza, justeru memutuskan melakukan perubahan luar biasa ini kerana belum ada yang melakukannya.

Sur melakukan implan menanam rantai emas itu 1 April lalu dan akaun Instagramnya dipenuhi pelbagai foto dan video menunjukkan “rambut emasnya” itu.

Menurut New York Post, Dan Sur merupakan penyanyi rap pertama dalam sejarah yang mempunyai rambut daripada rantai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru