Thursday, December 9, 2021

Sarawak terus catat kes tertinggi

Secara Rawak

KUCHING: Malaysia  mencatat 18,815 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Sarawak terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,660 kes.

Melalui ciapan di Twitter,  Ketua Pengarah Kesihatan  Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes kini 2,049,750.

Jumlah kes harian di Lembah Klang menurun dengan Selangor 2,718 kes dan Kuala Lumpur 493 kes.

Katanya, Johor  merekodkan 2,206 kes, Sabah 1,982 kes, Pulau Pinang 1,777 kes dan Kedah 1,233 kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru