Monday, October 25, 2021

Pelepasan kuarantin bagi individu lengkap vaksin untuk memasuki Sarawak berkuat kuasa mulai hari ini

Mesti baca

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memberi pelepasan kuarantin kepada individu yang lengkap vaksin ketika tiba di Sarawak berkuat kuasa mulai hari ini.

Bagaimanapun, JPBN menegaskan agar individu yang ingin memasuki Sarawak perlu memohon “Enter Sarawak”, mengisi borang eKesihatan, menyertakan bukti status lengkap vaksin dan keputusan RT-PCR yang negatif (sah untuk tiga hari sahaja).

“Keputusan ini dibuat selepas Sarawak membuat penilaian situasi Covid-19 dan negeri-negeri lain.

“Namun, kanak-kanak dan remaja bawah umur 18 tahun yang memasuki Sarawak bersama-sama penjaga yang telah lengkap vaksin akan diberi pelepasan daripada kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Meskipun begitu, JPBN menasihatkan agar menjalankan pemantauan kendiri di rumah selama 10 hari.

“Bagi individu yang belum lengkap vaksin dan ingin memasuki Sarawak, arahan kuarantin selama 10 hari perlu dipatuhi.

“Mereka juga perlu memohon “Enter Sarawak”, mengisi boring eKesihatan dan keputusan RT-PCR yang negatif (sah untuk tiga hari sahaja).

“Justeru, individu berkenaan akan menjalani kuarantin selama 10 hari di hotel kuarantin yang ditetapkan,” ujarnya.

Tegas JPBN, tiada perubahan garis panduan bagi individu yang masuk ke Sarawak dari luar negara.

JPBN turut mendefinisikan status lengkap vaksin iaitu 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin Pfizer atau Sinovac atau AstraZaneca.

Bagi vaksin tunggal pula, status lengkap vaksin ialah 28 hari selepas dos pertama bago vaskin CanSino atau Jansen.

Secara Rawak

Artikel Terbaru