Saturday, October 23, 2021

Lima kematian di Sarawak, 99.97% jangkitan kes kategori 1 dan 2

Mesti baca

KUCHING: Kes positif harian Covid-19 di Sarawak terus mencatatkan angka yang tinggi dengan 3,660 kes dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kumulatif meningkat kepada 170,672.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan berkata, setakat hari ini juga sebanyak 3,659 atau 99.97 peratus kes adalah daripada Kategori 1 dan 2 manakala masing-masing satu kes adalah daripada Kategori 3, 4 dan 5 atau 0.03 peratus.

“Sehubungan itu, terdapat lima kes kematian dilaporkan di Sarawak hari ini dan melibatkan mereka yang berusia antara 39 hingga 78 tahun,” kata JPBN, hari ini.

Dalam pada itu, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini dengan tiga kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bunga Rampai, Bau; Kluster Jambatan Lemua, Beluru; dan Kluster Senibong, Lundu.

“Ia sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri ini sebanyak 138,” ujarnya.

Setakat hari ini juga, JPBN memaklumkan terdapat 17 lokaliti telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala terdapat 23 lokaliti ditamatkan PKPD.

Secara Rawak

Artikel Terbaru