Tuesday, September 21, 2021

Sarawak sudah luluskan dana AFF RM28.6 juta 

Mesti baca

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan geran dan pinjaman berjumlah Rm28.6 juta kepada 25 petani di negeri ini di bawah program Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) sejak tahun 2017.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, peruntukan itu disalurkan berperingkat dan berdasarkan skala projek petani.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemprosesan beras Antares Venture Sendirian Berhad di Jalan Batu Kitang pada Selasa.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Antares Ventures Sdh Bhd dan Carus Greenwealth Sdn Bhd dan bagi tujuan pembangunan ladang padi.

Datuk Amar Douglas Uggah juga menambah, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM100 juta lagi sebagai tambahan kepada dana AFF untuk pembangunan dan memodenkan lagi sektor pertanian negeri.

Menurut beliau, sektor pertanian akan terus diperkasakan dengan teknologi moden yang turut menjadi usaha menarik minat genarasi muda terlibat dalam sektor tersebut.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah optimis Singapura akan menjadi penghubung perdagangan produk Sarawak ke negara luar.

Jelasnya, penubuhan Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) akan membantu dalam pemasaran produk pertanian Sarawak bukan sahaja di Singapura malah negara lain.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru