Tuesday, September 21, 2021

Sarawak di tangga teratas sekali lagi

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 19,495 kes baharu Covid-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,  Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini termasuk 4,709 di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini 167,012.

Dr Noor berkata di Twitternya  jumlah jangkitan  di negara ini kini adalah 2,030,935 kes.

Sarawak di tangga teratas dari segi kes harian, diikuti Selangor dengan 2,710 kes,  Sabah ( 2,015), Johor (1,860), Pulau Pinang (1,757),  Kelantan (1,434), Kedah ( 1,178), Perak 91,174),  dan Terengganu  993.

Ini diikuti Pahang (766), Kuala Lumpur (363),  Negeri Sembilan (222), Melaka (190), Perlis (108),  Putrajaya (16).

Secara Rawak

Artikel Terbaru