Tuesday, September 21, 2021

Penonton ragbi guna bendera sambut kucing jatuh dari tingkat atas stadium

Mesti baca

MIAMI: Penonton yang berada di Stadium Hard Rock semasa perlawanan acara ragbi antara Universiti Miami menentang Appalachian State Mountaineers menjadi kecoh gara-gara seekor kucing.

Menurut Craig dan Kimberly Cromer, perlawanan masuk separuh masa kedua apabila perhatian orang ramai tertumpu kepada seekor kucing yang dilihat bergantung dan berpaut di barisan tempat duduk di tingkat atas stadium terbabit.

Penonton yang berada di atas cuba mencapai dan menarik kucing itu naik, tetapi tindakan mereka menyebabkan kucing itu menjadi semakin takut sehingga terkencing dan mengenai penonton di bawahnya.

Pasangan itu kemudiannya membuka bendera AS yang dibawa mereka dari rumah dan menjadikannya alat untuk menyambut kucing terbabit jatuh.

Selepas menunggu sekitar dua hingga tiga minit, kucing itu akhirnya jatuh di atas bendera tersebut.

Penonton yang dari awal melihat insiden itu bersorak gembira sebaik sahaja melihat kucing itu berjaya diselamatkan.

Ia kemudiannya dibawa keluar dari stadium oleh pengawal keselamatan, lapor usatoday.com.

Secara Rawak

Artikel Terbaru