Tuesday, September 21, 2021

Kluster baharu  turut  babitkan pusat jagaan kanak-kanak, warga tua

Mesti baca

KUCHING: Pusat jagaan warga emas dan pusat jagaan kanak-kanak antara kluster baharu yang dikesan di Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Kluster Laman Bong Ching, Kuching melibatkan pekerja dan penghuni sebuah pusat jagaan warga emas di Taman Bong Ching di Jalan Rock di sini.

“Daripada 78 orang yang disaring, 10 daripadanya positif termasuk kes indeks manakala 67 individu didapati negatif dan seorang individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Kluster Jalan Upland di sini membabitkan pekerja dan penghuni sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

“Daripada 60 orang yang disaring, 51  didapati positif termasuk kes indeks sementara sembilan kes  negatif dan satu kes baharu dilaporkan” jelasnya

Satu lagi kluster ialah Kluster Kampung Segedup  ialah kluster komuniti melibatkan penduduk Kampung Segedup di Jalan Batu Kawa di sini.

“Daripada 75 orang disaring, 12  positif termasuk kes indeks dan 31 individu didapati negatif sementara 32 individu menunggu keputusan dan tiga kes baharu dilaporkan,” katanya lagi.

Kluster Jundak Saeh Merah di Subis  pula melibatkan kluster komuniti yang sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  di kawasan Batu Anchau, Subis.

“Daripada 35 orang yang disaring, 22  positif termasuk kes indeks sementara 12  negatif, seorang individu masih menunggu keputusan dan lapan kes baharu dilaporkan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru