Tuesday, September 21, 2021

Dakwa pesawat ada bom, gara-gara terlepas penerbangan

Mesti baca

FORT LAUDERDALE: Wanita dari Chicago mendakwa terdapat bom di dalam pesawat di lapangan terbang Florida selatan selepas dia terlepas penerbangannya, lapor pihak berkuasa.

Wanita berusia 46 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood dan didakwa atas tuduhan membuat laporan palsu berkaitan kewujudan bom, menurut kenyataan media dikeluarkan pejabat Sheriff Broward.
Kakitangan pesawat memberitahu wanita tersebut mendakwa bom tersebut berada di dalam bagasinya yang terlebih dahulu dimasukkan di dalam pesawat tersebut.

Dia juga mengatakan staf di lapangan terbang memberitahu dia dan kumpulannya tiba terlalu lewat untuk menyertai penerbangan tersebut.

Ketika menerima aduan tersebut, pesawat tersebut berada di landasan dan hendak berlepas, namun penerbangan itu dibatalkan dan mereka di arah berpatah balik.

Menurut Orlando.com. semua penumpang diminta keluar dan pesawat itu segera diperiksa, namun tiada bahan letupan ditemui.

Secara Rawak

Artikel Terbaru