Tuesday, September 21, 2021

Curi foklift untuk langgar rumah isteri 

Mesti baca

WASHINGTON: Seorang lelaki berpakaian kuning ditahan pihak berkuasa selepas mencuri bas dan kemudian memandu foklift untuk melanggar rumah didiami isterinya.

Andrew S. Loudon, 39, mula mendapat perhatian polis selepas pekerja di Syarikat Osprey Rafting melihatnya memandu bas milik syarikat.

Polis berjaya menjejakinya dan memintanya berhenti, tetapi lelaki itu enggan berhenti.

Pihak polis terpaksa membiarkannya dan tidak mengejarnya kerana undang-undang reformasi polis baharu Washington tidak lagi membenar penguat kuasa undang-undang mengejar pemandu yang melarikan diri, melainkan melibatkan jenayah serius.

Kira-kira dua hari kemudian pejabat sherrif diberitahu lelaki itu ditahan di Chelewah dan masih menggunakan baju kuning yang sama.

Loudon dilaporkan mencuri foklift dan menggunanya untuk melanggar rumah yang didiami isterinya yang dikatakan telah lari meninggalkannya.

Dia ditahan dan dibawa ke Hospital State Western, pusat kemudahan psikiatri.

Menurut Fox news, Loudon menghadapi tuduhan mencuri kenderaan bermotor, memiliki kenderaan curi, melakukan jenayah dan keganasan rumah tangga peringkat pertama dan cuba mengelak polis.

Secara Rawak

Artikel Terbaru