Tuesday, September 21, 2021

ADUN Kakus turun padang lawat kawasan

Mesti baca

TATAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai telah meluangkan masa meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau pada Ahad. 

Selepas itu, Datuk John Sikie telah bergerak ke empat kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus bagi melawat dan menyerahkan tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). 

Dalam lawatan pertama beliau telah menyerahkan surat terima Projek RTP Merata Tapak Rumah Panjang Baru Rumah Lasok Sungai Penyarai Ulu Anap sebelum menyerahkan surat yang sama bagi Projek Baik Pulih Jalan Rumah Japing Nanga pada sebelah tengah harinya. 

Lawatan diteruskan di Rumah Kelambu Muput Tatau bagi melawat Tapak Projek RTP Merata Tapak Rumah dan seterusnya melawat tapak dan menyerahkan surat terima Projek RTP Merata Tapak Rumah Jelian Lubok Nukong Sungai Muput Tatau. 

Kesemua Projek RTP tersebut akan dimulakan dengan segera mengikut masa yang ditetapkan. 

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong dan Penolong Jurutera JKR Bahagian Bintulu Ngu Tie Hua.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru